Alhamdulillah.. akhirnya dapat juga KakJlo meluangkan masa untuk menulis di sini...KakJlo sibuk dari awal tahun sehinggalah ke hari ini... sibuk dengan hal anak-anak dan hal peribadi.
Banyak perkara KakJlo dapat selesaikan yang selama ini KakJlo tangguhkan.. sudah menjadi resam manusia, menangguhkan sesuatu perkara yang akhirnya mendatangkan kerugian... Jadi KakJlo merasa sangat bersyukur dan seperti satu pencapaian kerana dapat menyelesaikan beberapa perkara yang tertangguh bertahun-tahun.
Berhijrah untuk satu kehidupan yang membuatkan kita berdikari juga satu pencapaian.... KakJlo akhirnya mempunyai kekuatan untuk berdiri sendiri.. dan tentunya bersyukur kerana urusan2 tersebut dimudahkan olehNya...Amiin..
Sesungguhnya Allah tidak membebani seseorang melebihi kemampuannya dan sesungguhnya setiap kesukaran disertai dengan kemudahan, InsyaAllah....