Alhamdulillah.. akhirnya dapat juga KakJlo meluangkan masa untuk menulis di sini...KakJlo sibuk dari awal tahun sehinggalah ke hari ini... sibuk dengan hal anak-anak dan hal peribadi.
Banyak perkara KakJlo dapat selesaikan yang selama ini KakJlo tangguhkan.. sudah menjadi resam manusia, menangguhkan sesuatu perkara yang akhirnya mendatangkan kerugian... Jadi KakJlo merasa sangat bersyukur dan seperti satu pencapaian kerana dapat menyelesaikan beberapa perkara yang tertangguh bertahun-tahun.
Berhijrah untuk satu kehidupan yang membuatkan kita berdikari juga satu pencapaian.... KakJlo akhirnya mempunyai kekuatan untuk berdiri sendiri.. dan tentunya bersyukur kerana urusan2 tersebut dimudahkan olehNya...Amiin..
Sesungguhnya Allah tidak membebani seseorang melebihi kemampuannya dan sesungguhnya setiap kesukaran disertai dengan kemudahan, InsyaAllah....
Thursday, April 19, 2012
Thursday, January 12, 2012
Tahun Baru Cerita Baru
Hampir dua minggu kita menyusuri tahun 2012. Banyak cerita baru tercipta di sepanjang laluan itu. Cerita tentang ilmu, cerita tentang kasih sayang, cerita tentang hubungan sesama manusia, cerita tentang ketuhanan. Alhamdulillah cerita-cerita itu lebih mendewasakan seorang aku, menceriakan ramai insan, mematangkan fikiran, menjadikan sikap keterbukaan dan redha. Semua ini harus ditempuh dengan hati yang tenang dan penuh kesabaran. Baru lah boleh dinikmati makna kehidupan yang sebenar dan nikmat sebuah kejayaan.
Subscribe to:
Posts (Atom)