Baru semalam KakJLo bercakap dengan ikan laga ni.. namanya Zax..kepunyaan anak KakJLo. Bila KakJLo panggil, mesti dia datang..seolah-olah dia faham.. warnanya kebiruan..cepat sungguh ia membesar walaupun baru 6 bulan...tapi mengikut teori, ikan laga boleh hidup hanya 3 bulan..
Tiba-tiba pagi ni, anak KakJLo beritahu dengan suara yang hiba, Zax dah pergi..Zax dah mati..sayu KakJLo dengar suaranya.. dia tanya apa patut dia buat.. tak sampai hati pulak nak kata buang je ke dalam tong sampah kan... KakJLo cadangkan Zax dibungkus dalam plastik sebelum diletakkan dalam tong sampah...
Apa yang KakJLo diberitahu kemudiannya ialah Zax diletak dalam plastik yang berisi air sebelum dibuang... KakJLo tahu anak KakJLo ni memang sayangkan Zax.. Tak ape lah anakku.. tebarkanlah kasih sayangmu kepada semua termasuklah Zax, seekor ikan laga yang tak akan dilupa, buat selamanya...
Wednesday, June 22, 2011
Wednesday, June 1, 2011
Ada Hikmahnya....
Satu pagi, selepas bersarapan, masih di meja makan, sekeluarga iaitu ibu, 2 orang kakak, seorang adik lelaki dan menantu perempuan. Menantu memulakan bicara. Keluarga akan menerima seorang lagi menantu perempuan iaitu madunya. Semua kelu. Sememangnya berita ini amat mengejutkan walaupun telah diketahui secara samar2 sebelumnya. Kali ini pasti. Menantu dan sesekali adik lelaki mencelah untuk memberi penjelasan dan alasan mengapa perkara ini harus terjadi. Menantu sangat tabah dan sanggup berkorban demi suami. Manakala adik lelaki hanya menyerah kepada keadaan. Kakak pertama tidak rela mengkhianati anak saudara lalu keputusannya TIDAK. Kakak kedua lebih terbuka, tidak menerima dan tidak menolak. Nasihatnya jaga amanah dan jangan sesekali mengabaikan keluarga yang ada sekarang. Jika terjadi sesuatu kepada keluarga yang ada sekarang, maka dia akan bertindak. Adik lelaki berjanji akan berlaku adil. Si Ibu pula memang tidak rela dan reda dengan pertambahan keluarga. Kakak kedua menasihatkan Ibu untuk mendoakan yang terbaik untuk anak-anaknya. Sedih dan pilu bila mengenangkan apa yang terjadi tetapi setiap yang berlaku tentu ada hikmahnya...
Subscribe to:
Posts (Atom)