Lama dah KakJLo tidak menulis. Setiap kali perasaan hendak menulis tu datang,
setiap kali tu jugak la ada aje hal yang menghalang. Sebenarnya bab tangguh
menangguh ni la yang menjadikan tidak produktif. Banyak projek baru yang
memerlukan idea KakJLo tangguh terutamanya projek menulis buku yang
tertangguh dah masuk dua tahun. Kesian dengan cikgu terjemahan KakJLo
yang memberi galakan dan peluang dengan agensi kerajaan dalam menghasilkan
buku tersebut. InsyaAllah akan KakJLo usahakan nanti walaupun beberapa
tahun yang akan datang..(sikap tangguh menangguh datang lagi...).
Tapi buat masa yang terdekat KakJLo hendak menulis sajak untuk satu pertandingan
anjuran sebuah kelab di tempat kerja KakJLo ni.. ye..KakJLo pasti yang ini
akan KakJLo tunaikan sebab tarikh tutup dah dekat...
Thursday, March 24, 2011
Sunday, March 6, 2011
Amiiinnnn....
Tambah setahun lagi umur kakJLo. Alhamdullillah, kakJLo masih bertenaga lagi
untuk bersenam, beraerobic, berpoco-poco dan berjalan jauh (entah berapa km) untuk
menjamu mata di pusat beli belah. Awal-awal lagi anak2 kakJLo dah tanya nak hadiah apa.
KakJLo tak sampai hati sebenarnya nak mintak apa2, maklum lah budak2 sekolah kan.
Anak2ku, mama bersyukur dan terharu atas ingatan itu. Terima kasih kerana belanja mama
minum petang. Terima kasih kerana hadiah (surprise) tu.. dan Terima kasih sesangat sebab
ada disamping mama pada saat ini dan sampai bila-bila, insyaAllah....
Subscribe to:
Posts (Atom)