Thursday, January 22, 2015

Fajar Baru & Keinsafan

Alhamdulillah....
masih lagi bernafas di tahun 2015.

Di tahun baru ini KakJlo berdoa agar rezki yang halal
dan kesihatan yang baik akan dikurniakan buat kami.

KakJlo berkesempatan ke Kota Bharu, Kelantan.
Sungguh sedih dengan kesan banjir besar yang
melanda negeri tersebut.  Insaf dengan kekerdilan
manusia yang tidak mampu menahan segala kejadianNya.

Ya Allah, sesungguhnya ampun kan lah dosa kami
dan kelalaian kami dalam menyempurnakan
ketaatan kami kepadaMu.





Thursday, December 11, 2014

2014 Dalam Kenangan

Assalamualaikum...

2014 hampir meninggalkan kita.
Fajar 2015 akan muncul dengan membawa seribu rahmat & bahagia.
InsyaAllah semoga urusan kita akan dipermudahkan.

Semoga azam dan semangat baru membenam kisah semalam
yang tidak perlu dikenang.

Be happy not because everything is good,
but because you can see the good side of everything.
(Oprah)
                                             
Make the rest of your life, the best of your life.
(Oprah)


Wednesday, June 4, 2014

LIFE

Life is like a book,
Some chapters sad, some happy,
and some exciting.

But if you never turn the page...

You will never know what the next
chapter holds....

Hidup ini memang penuh dengan kejutan
yang kadangkala membawa bahagia atau
derita.

Walau apa pun yang mendatang,
hidup mesti diteruskan dengan doa.

Friday, May 30, 2014

Assalamualaikum

Assalamualaikum

Sungguh lama tidak menjenguk laman ini.  Memang terasa rindu,,,

Ayam kampung masak berlada
Makan dengan kicap kangkung
Rasa rindu sarat di dada
Membuak limpah tidak tertanggung

KakJLo harap selepas ini, laman ini dapat dimanafaatkan
sebaik mungkin.

"Things are worth waiting if it worth waiting for"

Selamat Berhujung Minggu

Thursday, April 19, 2012

Hijrah

Alhamdulillah.. akhirnya dapat juga KakJlo meluangkan masa untuk menulis di sini...KakJlo sibuk dari awal tahun sehinggalah ke hari ini...  sibuk dengan hal anak-anak dan hal peribadi.

Banyak perkara KakJlo dapat selesaikan yang selama ini KakJlo tangguhkan.. sudah menjadi resam manusia, menangguhkan sesuatu perkara yang akhirnya mendatangkan kerugian... Jadi KakJlo merasa sangat bersyukur dan seperti satu pencapaian kerana dapat menyelesaikan beberapa perkara yang tertangguh bertahun-tahun.

Berhijrah untuk satu kehidupan yang membuatkan kita berdikari juga satu pencapaian.... KakJlo akhirnya mempunyai kekuatan untuk berdiri sendiri.. dan tentunya bersyukur kerana urusan2 tersebut dimudahkan olehNya...Amiin..

Sesungguhnya Allah tidak membebani seseorang melebihi kemampuannya dan sesungguhnya setiap kesukaran disertai dengan kemudahan, InsyaAllah....

Thursday, January 12, 2012

Tahun Baru Cerita Baru

Hampir dua minggu kita menyusuri tahun 2012.  Banyak cerita baru tercipta di sepanjang laluan itu.  Cerita tentang ilmu, cerita tentang kasih sayang, cerita tentang hubungan sesama manusia, cerita tentang ketuhanan. Alhamdulillah cerita-cerita itu lebih mendewasakan seorang aku, menceriakan ramai insan, mematangkan fikiran, menjadikan sikap keterbukaan dan redha. Semua ini harus ditempuh dengan hati yang tenang dan penuh kesabaran.  Baru lah boleh dinikmati makna kehidupan yang sebenar dan nikmat sebuah kejayaan. 

Friday, December 30, 2011

Selamat Datang 2012

KakJlo gembira dengan kedatangan tahun baru 2012.  Begitulah setiap tahun perasaan KakJlo setiap kali menyambut tahun baru.  KakJlo tidak tahu mengapa tetapi apa yang dapat KakJlo rasa setiap tahun baru akan ada perubahan atau benda baru dalam kehidupan KakJlo.  Tidak kira dari segi apa pun, impak yang macam mana sekalipun, KakJlo tetap menghargainya.  KakJlo amat berharap untuk tahun 2012, anak-anak KakJlo yang akan menghadapi peperiksaan yang besar, akan berjaya dengan cemerlang.  Begitu juga KakJlo berdoa agar 2012 akan memberikan sinar harapan kebahagiaan yang berpanjangan buat KakJlo dan anak-anak.  Semoga kami dikurniakan kesihatan yang baik, rezeki yang diberkati, InsyaAllah.